:: Pukul Berapa Tok Harimau ::

Friday, December 11, 2009

assalamualaikum

assalamualaikum & salam sejahtera...


Maka terciptalah sejarah dimana tanggal 11 Disember 2009, atas dasar keperihatinan dan keupayaan sejagat blog ini telah direka khas untuk santapan diriku dan pada sesiapa sahaja yang sudi berkongsi apa jua denganku dengan harapan ianya dapat meringankan sesuatu yang berat.

Blog ini aku wujudkan kerana mengikut kehendak temanku yang mana beliau ingin ku mempunyai blog sendiri walaupun aku sentiasa sibuk dengan aktiviti seharian dan mingguan yang tak pernah susut. Walaubagaimanapun, setelah dipikirin, aku rase perlu jugak aku mempunyai satu blog sendiri yang mana ianya mungkin dapat menjadi tempat luahan isi hati aku jika sesuatu berlaku pada aku. Mungkin ini adalah satu titik permulaan bagi aku untuk berkongsi rase, pendapat dan aktiviti aku pada semua orang especially pada yang tersayang..haha.

Cerita banyak tak mau..ingin aku perkenalkan diri ku ini yang agak serba kekurangan tetapi masih lagi mampu menunaikan tanggungjawab yang wajib pada Ilahi. Tanggal 8 Julai 1984, pada waktu tengah malam, lahirlah seorang putera comel (comel ker..comel kot..wakakaka..:P) yang diberi nama MOHD FIRDAUS BIN MOHD ALI. Suatu nama yang dianggap baik tetapi untuk memikul maksud nama itu dalam diriku ini amatlah berat. FIRDAUS ber erti Syurga, dengan perangai aku nie yang tak seberapa, tapi aku akan cuba membawa nama ini sebaik mungkin dalam diriku. Harap2 ianya menjadi Insya Allah..

Ok lah..aku rase aku perlu berhenti dulu pada ketika ini sebab jam menunjukkan pukul 12.15pm..got to go to lunch then Solat Jumaat. Kalau ader mase nanti aku akan sambung balik citer asal usul diriku..k guys..see you for the next post. TQ for all yang sudi membaca blog aku ini.

Assalamualaikum. Love u all...

2 comments: