:: Pukul Berapa Tok Harimau ::

Tuesday, December 22, 2009

Sejauhmana Keberkesanan Bekerja Di Rumah


Berita Utama jam 8 malam semalam telah memberitahu bahawa JKR telah mengumumkan sebanyak 39 kakitangannya akan mengukuti skim perintis bekerja dari rumah. Ini bermakna mereka yang telah terpilih hanya akan bekerja di rumah tanpa perlu ke pejabat. So interesting! kan?

So, ape pendapat korang berkenaan dengan benda nie? Bagi aku ia adalah satu permulaan untuk mengubah budaya hidup masyarakat di Malaysia ini. Ada kebaikan dan juga keburukan bekerja dari rumah ini. Persoalannya, adakah bekerja dari rumah lebih efisyen dan effective? Aku tidak membangkang untuk perkara ini kerana bagi aku, situasi begini dapat memberi kesan positif dari segi perbelanjaan isi rumah dan kesan kepada kesesakan dijalan raya. Apabila ramai yang bekerja dirumah, so mungkin kesesakan yang selalu terjadi pada waktu pagi akan berkurangan. Walaubagaimana pun, perkara ini perlu diteliti dengan betul sekirannya hendak dilaksanakan. Bagaimana pula dengan pengawasan terhadap staf yang bekerja dirumah? Adakah mereka betul2 buat kerja atau sekadar hanya beberapa minit duduk di depan komputer dan selepas itu mereka boleh bebas ke mana-mana. So, di sini integriti individu tersebut perlulah ada dan dipertingkatkan.
Fikir-fikirkan lah yer kawan2..:)

Saturday, December 19, 2009

sambungan AB.NET FC Family Day @ PD Marina...layannn..







 

 

 

 

Thanks for watching..:)

Seram!!

Hi all,
Malam nie aku nak kongsi satu bende ngn korg sume yang bace blog aku nie lah. Nak dijadikan cerita, malam semalam masa aku sampai kat kampung aku, aku pergi jemput mak aku di rumah kak long aku sebab mak aku duk sorang2 kat rumah, so better dia duk rumah kak long aku. So, mase dalam kete nak balik ke rumah mak aku dari rumah kak long aku, mak aku cerita satu pengalaman yang menyeramkan berlaku di rumah kak long aku. Aku teruja lah nak mendengarnyer. Mak aku bagitau satu malam masa dia sedang tido sorang2 di bilik cucu dia, dia terdengar satu bunyi yang kuat jatuh dekat sebelah dia masa dia tido, so mak aku tersedarlah tapi mak aku taknak pandang ape kt sebelah dia dan mak aku menjerit kuat2. Tapi sorang pun tak dengar jeritan mak aku dan mak aku hairan lah. So dengan pantas mak aku terus keluar pergi ke bilik kak long aku dan tido dalam bilik kak long aku. Pada ketika itu abg ipar aku tiada kerana masih bertugas di Lumut. Meremang jugaklah bulu roma aku mase dengar cerita mak aku nih.

Siang tadi, kak long dan abg ipar aku pergi jupa ader sorang haji nie dan dia agak pakar tentang bende2 mcm nie, haji tue bagitau, ader bende yang sedang mengekori mak aku dan kemungkinan itu adalah saka orang lama2 dari salasilah keluarga sebelah mak aku. Sebelum nie pun bende macam nie ader berlaku kat rumah aku dan aku hanye anggap bende tue macam bese. Malam nie baru aku terase macam seram ckit dan masa kak long ceritakan malam tadi aku dah rase tak sedap hati. Aku pesan kat mak aku supaya banyak membaca ayat2 Al-Quran dan surah-surah pendinding nie supaya bende tue jauh dari kite. 

Aku berdoa agar tak ada apa2 berlaku dalam keluarga aku nie. Aminnn..

Friday, December 18, 2009


Salam guys,

 Hari nie lambat lak update blog..haha..badan aku rase x sehat plus selseme,(bende yang aku paling rimas skali adalah bersin2)..huhu. Tapi nak wat caner, klu x online nanti boring lak kan dan ini jer lah yang aku boleh wat kt umah nie selain dari tgk tv.

Ape-ape hal pun aku nak ucapkan TAHNIAH! kepada pasukan bolasepak Malaysia kerana telah menamatkan kemarau 20 tahun kehausan pingat emas dan malam semalam mereka telah membuktikan sesungguhnya pasukan Malaysia masih lagi mempunyai sinar harapan untuk terserlah diperingkat antarabangsa. Kejayaan ini sebenarnya patut dijadikan titik mula kebangkitan pasukan negara kita yang telah lama kehausan title di Asia tenggara ini.

Harap-harap pemain-pemain yang telah menjuarai pingat emas ini tidak menjadi ego atau egois yang hanya menyinar dalam sukan sea tetapi dalam kejohanan lain terus menyajikan aksi buruk. Satu lagi pesanan aku, bukan kritikan yer..jangan terlalu berpuas hati dengan kejayaan yang ada sekarang ini kerana kita boleh pergi ke pringkat yang lebih tinggi kalau kene pada gayanya. Jangan lagak jer superstar tetapi hakikatnya kita tak boleh menjadi superstar. Pastikan target seterusnya di Sukan Asia..Malaysia Boleh!!

Thursday, December 17, 2009

Inikah dinamakan Satu Malaysia...???

Morning olss,
Semalam aku balik dari opis dalam kul 6 dan sampai di rumah dalam kul 6.45pm, so aku rilek2 dan terus tertido. Then aku tersedar dlm kul 8 dan terus solat magrib, lepas solat magrib tue aku terus terlelap lagi, xtau kenape badan aku terase letih sangat..huhu..aku terjaga balik dalam kul 2 am..lame kan aku tertido..itu bkn tertido lagi dah tue..hahaha..


Cerita yang aku nak bagitau nie bkn pasal aku tido pun..hehe..tapi selepas aku bangun tido tue aku online jap dan bukak facebook, sekali ternampak lak ader satu pic yang kawan aku tag untuk aku berkaitan dengan perbualan atau comment di facebook oleh seorang berbangsa cina..Conversation dorg tue melampau dan berbau perkauman seperti menghina orang Melayu sama seperti binatang yang haram tue. Korg fikirkanlah sendiri.

Inikah yang dikatakan 1 Malaysia, walaupun ko nak maki hamun bangsa lain, tapi janganlah dekat public, ingat facebook tue kaum cina jer ker boleh tengok. Bende mcm nie lah yang boleh memecah belahkan kaum di Negara kita. Naik la kejap darah aku malam tadi bila tengok comment mcm nih..fuhh..bull s**t tul la.

k lah..lagi lama aku duk tgk bende nie, lagi lah menyirap darah aku..selamat berfikir dan bermaki..hehehe :)

Wednesday, December 16, 2009

Tren Terpantas Di Malaysia

Salam,
Hari ini terbaca dalam akhbar KOSMO! mengenai tren baru yang dimiliki oleh Malaysia yang dipanggil Electric Train Set (ETS). Tren ini adalah berkelajuan sehingga 140km/j. sememangnya laju bagi menggantikan tren KTM yang sedia ada dimana sangatlah lembab. Harap-harap dengan adanya tren sebegini akan memudahkan perjalanan kita untuk ke seremban atau ke ipoh dan dapat mengurangkan kesesakan yang semakin teruk di Ibu negara sekarang ini.

Sebenarnya tren sebegini telah lama digunakan di Jepun dan Korea dan tidak hairanlah syarikat yang bekerjasama dengan Malaysia untuk membawa tren ini ke Malaysia adalah syarikat dari Jepun dan Korea (Hyundai Rotem dan Mitsubishi Electric Corporation). Kita sepatutnya telah mempunyai tren sebegini kerana aku ada pernah terdengar kenyataan yang diutarakan oleh Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir kita bahawa negara kita tidak perlu untuk mengikut Eropah, kita perlu mengamalkan konsep pandang ke Timur dan bukan ke Barat. Kita dapat lihat bagaimana Jepun dan Korea membangun walaupun mereka tue sume kurang atau tidak mahir dalam bahasa Inggeris dan memperkasakan bahasa mereka sendiri.

So, moral of the story tuk n3 post aku kali ini adalah untuk mengingatkan kawan2 aku, janganlah nak di agungkan sangat bahasa Inggeris tue sedangkan negara Jepun, Korea dan China lebih maju dari kita sedangkan mereka tue tidak pernah nak mengagungkan bahasa barat nih. Kita jer yang terhegeh2 duk speaking mcm hape. Tapi dorg still jugak boleh maju. Lu pikir lah sendiri...

Cintailah bahasa kita..chow sin chii..:)

Tuesday, December 15, 2009

Monday, December 14, 2009

Abenet Family Day @ PD Marina


menunggu kunci apartment..comel bdk2 nih..hehe


kaum-kaum bapa yang kebosanan..haha


Malam BBQ..aku bantai kambing 3 kali..haha


anak-anak yg bakal mencorak mase depan negara..cute2 jer


mari wat dinosour..tak pasal2 aku pun terlibat sama


nie pun aku kene gak terlibat..tolong-menolong..hehe









Syabas Malaysia!

Salam,
Arini tepat pukul 6 ptg aku terus bergegas blk umah coz nk standby depan tv nak tengok live Malaysia vs Laos tuk menentukan pasukan mane yang layak bermain di perlawanan akhir nanti. Sungguh tidak mengecewakan keputusan akhir yang terpampang dikaca tv yang mana menunjukkan Malaysia menang 3-1 dengan Laos.

Tapi semasa perlawanan di separuh masa kedua, aku amat tidak berpuas hati dengan corak permainan yang pasukan Malaysia tonjolkan di mana bermain secara bertahan sedangkan masa ada 40 minit lagi. Itulah yang menyebabkan pasukan Laos dapat menyamakan kedudukan menjadi 1-1. Malaysia betul-betul hanya mengharapkan serangan balas untuk mendapatkan gol ke-2 dan ke-3.

Walaubagaimana pun kredit kepada player-player Malaysia yang berhempas pulas untuk membawa Malaysia layak ke final kali ke-10 pada sukan Sea kali ini. Syabas Malaysia. Malaysia Boleh!..

All the best untuk final bertemu Vietnam nanti. Chaiyokk!!
Dimana bumi dipijak, disitu langit dijunjung.

Banduan yang Pintar

Ada seorang Aceh dari kabupaten Pidie, menulis surat ke anaknya yang
ada dipenjara Nusa Kambangan karena dituduh terlibat GAM (Gerakan
Aceh Merdeka).

Bunyinya: "Hasan, bapakmu ini sudah tua, sekarang sedang musim tanam
jagung, dan kamu ditahan di penjara pula, siapa yang mau bantu bapak
mencangkul kebun jagung ini?"

Eh, anaknya membalas surat itu beberapa minggu kemudian. "Demi Tuhan,
jangan cangkul itu kebun, saya tanam senjata di sana," kata si anak
dalam surat itu.

Rupanya surat itu disensor pihak rumah tahanan, maka keesokan harinya
setelah si bapak terima surat, datang satu peleton tentara dari kota
Medan.

Tanpa banyak bicara mereka segera ke kebun jagung dan sibuk seharian
mencangkul tanah di kebun tersebut. Setelah mereka pergi, kembali si
bapak tulis surat ke anaknya.

"Hasan, setelah bapak terima suratmu, datang satu peleton tentara
mencari senjata di kebun jagung kita, namun tanpa hasil. Apa yang
harus bapak lakukan sekarang?"

Si anak kembali membalas surat tersebut, "Sekarang bapak mulai tanam
jagung aja, kan udah dicangkul sama tentara, dan jangan lupa ngucapin
terima kasih sama mereka."

Pihak rumah tahanan yang menyensor surat ini langsung pingsan.

What a moment...


hahaha..ini gambar semasa Hari Raya Aidilfitri 2008.
All of my family members..



 Anak buah aku yang paling aku geramm..Zarith In the house..



My mother n my Lil Sister..



Zaim and Naurah,
my nephew n niece



me and my lovely mum..muahhh!

Sunday, December 13, 2009

Enjoy...

Hi..
aku baru je bangun tido dari kul 5 tadi..huhu..aku sampai di Sri Gombak dari Port Dickson dalam kul 4.30..
badan aku sangat letih dan sakit-sakit. Kaki aku lak telah cedera akibat bermain bola dalam perlawanan persahabatan dengan pasukan Army di Port Dickson. Lepas nie aku kene berehat sekurang-kurangnya 2 minggu untuk memulihkan kecederaan aku ini..huhu..hopuly aku dapat tahan kegersangan aku untuk bermain bola..hehe..

Ape-ape hal pun aku enjoy dengan trip aku ke PD kerana pelbagai aktiviti dapat join terutama sekali dapat bermain dengan anak-anak member aku..hehe..nanti aku akan upload kan gambar-gambar yang sempat aku snap kt PD..

Oklah..got to go..nak mandi dan solat..bye..c u next..:)). Assalamualaikum.

Saturday, December 12, 2009

Mas Kahwin diselaraskan kepada RM300

Morning olss..:)
Hopefully pagi ini membawa seribu keceriaan. Kepada yang still belum bgn tido mesti tgh membalas dendam tuk keletihan seminggu bekerja dan dihujung minggu lah waktu berehat yang paling ideal..hehe..

Hari ini semasa aku pergi breakfast tadi, aku telah membaca sebuah akhbar tabloid yang popular pada waktu sekarang iaitu KOSMO!..Tajuk yang amik menarik perhatian aku adalah berkaitan dengan keputusan kerajaan Negeri Selangor untuk meneteapkan kadar mas kahwin di negeri itu sbenyak RM300. Apa yang aku ketahui dan sedikit ilmu yg aku perolehi semasa aku menuntut di sekolah agama dulu, mas kahwin ini adalah sebahagian daripada hadiah pihak lelaki kepada pihak perempuan termasuk lah jugak dalam masalah wang hantaran. Di dalam Islam, mas kahwin hanya diberi mengikut kadar kemampuan pihak lelaki tanpa menetapkan sebarang had minimum, ini kerana Islam itu amat practical.

Aku sangat menyokong kenyataan Tuan Guru Dato' Nik Abd Aziz dimana beliau menegaskan tiada sebarang had penetapan didalam kadar mas kahwin ini dan inilah yang dilakukan di negeri bawah pentadbiran beliau iaitu Kelantan. Di Kelantan, mas kahwin ini tidak ditetapkan had minimum dan ianya adalah terpulang kepada hak individu setakat mana yang mereka mampu. Dalam kenyataan TG Nik Aziz, beliau telah meletakkan wang mas kahwin dan hantaran untuk anak2 beliau sebanyak RM1000. Begitulah pemikiran orang2 yang tidak hanya bergantung pada kehidupan dunia, beliau hanya memikirkan kehidupan di akhirat kelak.

Ok lah..aku dah nak gerak pergi ke Port Dickson. Doa kan aku selamat sampai dan pulang semula ke sini..
bye!..Assalamualaikum.

Well done Malaysia Football Team

Hi..:)
Tahniah kepada pasukan bolasepak Malaysia U-23 coz telah berjaya menundukkan jaguh asia tenggara iaitu Thailand dalam Sea Games petang tadi sekaligus telah melayakkan Team Malaysia ke separuh akhir. Aku tak menjangka Malaysia akan menang coz Malaysia tak pernah menang dgn team Thailand dalam Sea Games. Bangga jugak lah aku sebagai rakyat Malaysia dan pencinta sukan paling popular nie.

Hopefully Malaysia akan meneruskan rentak cemerlang ini hingga dapat Gold Medal yang telah bertahun2 lamanye kita tunggu. Sekali lagi tahniah dan All the best for the next games..

Malaysia Boleh!!!

Friday, December 11, 2009

Penat dan Letih

Hi guys, hopefully everything is gonna be alrite yeahh..pada kebiasaannya pada malam sabtu nie aku akan bermain futsal bersama-sama dengan officemate aku, tapi kenape tah badan aku terase amat penat dan letih. Mungkin penat bekerja pada hari ini dan letih dalam memikirkan penyelesaian di tempat kerja..haha (poyo jer..). Tapi memang serius aku rase badan aku amat letih. Mungkin disebabkan 3 hari berturut-turut aku aktif bersukan. Semalam petang aku ader training bolasepak, malam sebelum tue aku ader friendly match futsal di Petaling Jaya. Walau apapun aku amat bersyukur kerana Allah telah memberikan kesihatan yang baik pada aku. Mungkin aku rase malam nie aku perlu berehat lebih untuk menghadapi hari esok.

Malam nie aku tak keluar makan, just order Mc'D delivery. Aku order prosperity burger dengan chicken porridge..hehe..banyak gak aku makan kan..tapi badan macam tue jer..huhu :P. Alhamdulillah kenyang pun sudah cuma aku tinggalkan chicken porridge tuk makan lewat malam nanti takut kelaparan yang melanda..haha.

Malam nie aku just duduk rumah layan tv dan surfing internet. Itu jerlah hobi aku dan ape yang aku boleh buat. Nasib baik boleh surf internet, kalau tak mati kutu lah aku jawabnyer. Kejap lagi aku nak kemas-kemas barang aku untuk pergi trip ke Port Dickson. Esok pagi2 buta dah nak kene bangun..huhu..x suke nyer...
Harap-harap trip aku nanti meriah lah hendaknyer dan aku tak lupa akan update dalam blog ini..hehe..tungguuuuu...

Ok lah guys..aku nak bermain facebook lak..jumpe lagi di post yang akan datang..
tata..Assalamualaikum...jap2..love u my bushukkk..hehe...daa

:: Top Of The World ::

Such a feelin's comin' over me
There is wonder in most everything I see
Not a cloud in the sky
Got the sun in my eyes
And I won't be surprised if it's a dream

Everything I want the world to be
Is now coming true especially for me
And the reason is clear
It's because you are here
You're the nearest thing to heaven that I've seen

I'm on the top of the world lookin' down on creation
And the only explanation I can find
Is the love that I've found ever since you've been around
Your love's put me at the top of the world

Something in the wind has learned my name
And it's tellin' me that things are not the same
In the leaves on the trees and the touch of the breeze
There's a pleasin' sense of happiness for me

There is only one wish on my mind
When this day is through I hope that I will find
That tomorrow will be just the same for you and me
All I need will be mine if you are here
I'm on the top of the world lookin' down on creation
And the only explanation I can find
Is the love that I've found ever since you've been around

Your love's put me at the top of the world

assalamualaikum

assalamualaikum & salam sejahtera...


Maka terciptalah sejarah dimana tanggal 11 Disember 2009, atas dasar keperihatinan dan keupayaan sejagat blog ini telah direka khas untuk santapan diriku dan pada sesiapa sahaja yang sudi berkongsi apa jua denganku dengan harapan ianya dapat meringankan sesuatu yang berat.

Blog ini aku wujudkan kerana mengikut kehendak temanku yang mana beliau ingin ku mempunyai blog sendiri walaupun aku sentiasa sibuk dengan aktiviti seharian dan mingguan yang tak pernah susut. Walaubagaimanapun, setelah dipikirin, aku rase perlu jugak aku mempunyai satu blog sendiri yang mana ianya mungkin dapat menjadi tempat luahan isi hati aku jika sesuatu berlaku pada aku. Mungkin ini adalah satu titik permulaan bagi aku untuk berkongsi rase, pendapat dan aktiviti aku pada semua orang especially pada yang tersayang..haha.

Cerita banyak tak mau..ingin aku perkenalkan diri ku ini yang agak serba kekurangan tetapi masih lagi mampu menunaikan tanggungjawab yang wajib pada Ilahi. Tanggal 8 Julai 1984, pada waktu tengah malam, lahirlah seorang putera comel (comel ker..comel kot..wakakaka..:P) yang diberi nama MOHD FIRDAUS BIN MOHD ALI. Suatu nama yang dianggap baik tetapi untuk memikul maksud nama itu dalam diriku ini amatlah berat. FIRDAUS ber erti Syurga, dengan perangai aku nie yang tak seberapa, tapi aku akan cuba membawa nama ini sebaik mungkin dalam diriku. Harap2 ianya menjadi Insya Allah..

Ok lah..aku rase aku perlu berhenti dulu pada ketika ini sebab jam menunjukkan pukul 12.15pm..got to go to lunch then Solat Jumaat. Kalau ader mase nanti aku akan sambung balik citer asal usul diriku..k guys..see you for the next post. TQ for all yang sudi membaca blog aku ini.

Assalamualaikum. Love u all...