:: Pukul Berapa Tok Harimau ::

Thursday, September 9, 2010

Ramadhan Berlalu Syawal Menjelma

by musang malam blog team
Salam semua,


Alhamdulillah akhirnya berjaya juga kita menyelesaikan ibadah puasa kita selama 30 hari dimana ianya adalah tuntutan Rukun Islam yang ke 3. Semoga kita beroleh keberkatan dalam 30 hari kita menunaikan ibadah tersebut dan dapat merasai malam yang ditunggu-tunggu oleh semua umat Islam iaitu Malam Lailatulqadar..Semoga Allah memanjangkan umur kita untuk merasai lagi nikmat Ramadhan yang akan datang Insya Allah.

Hanya beberapa jam lagi akan kedengaran laungan Takbir umat Islam seluruh dunia yang menandakan kemenangan melawan hawa nafsu selama 30 hari di dalam bulan Ramadhan. Dalam Islam kita digalakkan bertakbir dengan penuh semengat kerana ingin menunjukkan semangat kita dalam memperoleh kemenangan mengatasi hawa nafsu kita yang bermaharajarela selama 11 bulan. 

Bersihkan lah diri di pagi 1 Syawal dan beramai-ramai menuju ke masjid atau surau untuk menunaikan sunat Idulfitri. Kaum hawa yang dalam keuzuranpun boleh untuk terlibat serta untuk sama-sama menyambut kemenangan ini dan tidak semestinya dengan memasuki kawasan ibadah, tetapi dengan mendengar khutbah Idulfitri dari luar kawasan ibadah atau di dalam kereta. Jangan lupa!!..selesaikan bayaran Zakat Fitrah sebelum selesai khutbah Idulfitri dan tidak sah bagi seseorang apabila membayar selepas dari selesai Solat Idulfitri.

Pada kebiasaannya selepas solat sunat Idulfitri, ramai yang akan menuju ke tanah perkuburan. Menurut sunnah Rasulullah SAW, kaum wanita tidak digalakkan menziarahi tanah perkuburan dan cukup sekadar untuk mendoakan si mati dari rumah atau mana2 sahaja. Ini kerana apabila kaum wanita turut serta menziarahi kubor, ianya akan mendatangkan FITNAH. Ini dapat dilihat apabila ramai kaum wanita yang berpusu-pusu pergi ke tanah perkuburan dengan pakaian yang tidak bersesuaian dan bau bauan yang mengganggu makhluk yang ada di sekitar tanah perkuboran. Perkara ini tidak diambil berat oleh umat Islam sekarang sedangkan Rasullullah SAW telah berpesan dan ianya tidak di ambil berat.

Dikesempatan ini juga..saya Mohd Firdaus Bin Mohd Ali sekeluarga ingin mengucapkan Salam Idul Fitri. Mohon maaf segala kekhilafan yang ada sepanjang coretan di dalam blog saya ini. Moga Syawal yang hadir ini memberi sejuta kenikmatan kepada kita dan Ramadhan yang berlalu membawa sejuta kerahmatan..aminn.

Salam Idulfitri.

Tuesday, September 7, 2010

Maki Hamun

Please jangan suke sangat nak maki hamun orang tak tentu pasal...

Bila selalu sangat maki hamun orang..nanti bende tue jadi tabiat dalam diri tuk selalu nk maki orang jer..

Banyak lagi bende boleh cakap selain nak maki hamun tak tentu pasal..lagi2 kat orang yg close dengan kiter..

Perlu lah ingat hati dan perasaan orang lain..tak kire sama ada orang tue lelaki or wanita..walau macam mana rock pun muke die tapi dia tetap ada hati perasaan jugak..mereka ini bukan BATU yang mana orang boleh baling2 sesuke hati.

That's all tuk luahan aku pada malam yang hening ini...hatiku terguris sakitt..bukan nak releasekan ape yang aku rase tapi menambahkan lagi kekusutan dalam kepale..aku jer ker kene jaga hati orang and macam mana ngn hati aku lak...

Baik balik kampung tgk mak aku lagi bagus..hehe..takde kene mengene lak..haha..

K..nite olls..May Allah bless u olls

Sunday, September 5, 2010

Terase Hati

Huhu..aku sangat terase hati malam nie..sesuke hati jer ckp aku gile..menyirappp jerr..huhu. Agak2 la kan kalu nak cakap tue. Bile kite ckp kt die tau pulak nak marah. Ape aku nie xde hati dan perasaan ker?? Ape ingat aku nie adik2 kamu ker..sesuke hati jer.

Bengang..bengang..bengang..
Mungkinkah aku selalu sangat bagi muke..??
Sampai orang boley pijak2 aku balik..ermmm..nak suruh orang cakap berlapis..tapi??
Diri sendiri macam mane?? Penah pikir tak??

Baik aku jadi orang giler laa..boleh terus masuk Syurga..
Dari jadi orang normal yang belum tentu dapat masuk Syurga..Walaupun menjadi makhluk paling sempurna kejadian tuhan

-aku terase hati-