:: Pukul Berapa Tok Harimau ::

Saturday, December 12, 2009

Mas Kahwin diselaraskan kepada RM300

Morning olss..:)
Hopefully pagi ini membawa seribu keceriaan. Kepada yang still belum bgn tido mesti tgh membalas dendam tuk keletihan seminggu bekerja dan dihujung minggu lah waktu berehat yang paling ideal..hehe..

Hari ini semasa aku pergi breakfast tadi, aku telah membaca sebuah akhbar tabloid yang popular pada waktu sekarang iaitu KOSMO!..Tajuk yang amik menarik perhatian aku adalah berkaitan dengan keputusan kerajaan Negeri Selangor untuk meneteapkan kadar mas kahwin di negeri itu sbenyak RM300. Apa yang aku ketahui dan sedikit ilmu yg aku perolehi semasa aku menuntut di sekolah agama dulu, mas kahwin ini adalah sebahagian daripada hadiah pihak lelaki kepada pihak perempuan termasuk lah jugak dalam masalah wang hantaran. Di dalam Islam, mas kahwin hanya diberi mengikut kadar kemampuan pihak lelaki tanpa menetapkan sebarang had minimum, ini kerana Islam itu amat practical.

Aku sangat menyokong kenyataan Tuan Guru Dato' Nik Abd Aziz dimana beliau menegaskan tiada sebarang had penetapan didalam kadar mas kahwin ini dan inilah yang dilakukan di negeri bawah pentadbiran beliau iaitu Kelantan. Di Kelantan, mas kahwin ini tidak ditetapkan had minimum dan ianya adalah terpulang kepada hak individu setakat mana yang mereka mampu. Dalam kenyataan TG Nik Aziz, beliau telah meletakkan wang mas kahwin dan hantaran untuk anak2 beliau sebanyak RM1000. Begitulah pemikiran orang2 yang tidak hanya bergantung pada kehidupan dunia, beliau hanya memikirkan kehidupan di akhirat kelak.

Ok lah..aku dah nak gerak pergi ke Port Dickson. Doa kan aku selamat sampai dan pulang semula ke sini..
bye!..Assalamualaikum.

No comments:

Post a Comment