:: Pukul Berapa Tok Harimau ::

Wednesday, December 16, 2009

Tren Terpantas Di Malaysia

Salam,
Hari ini terbaca dalam akhbar KOSMO! mengenai tren baru yang dimiliki oleh Malaysia yang dipanggil Electric Train Set (ETS). Tren ini adalah berkelajuan sehingga 140km/j. sememangnya laju bagi menggantikan tren KTM yang sedia ada dimana sangatlah lembab. Harap-harap dengan adanya tren sebegini akan memudahkan perjalanan kita untuk ke seremban atau ke ipoh dan dapat mengurangkan kesesakan yang semakin teruk di Ibu negara sekarang ini.

Sebenarnya tren sebegini telah lama digunakan di Jepun dan Korea dan tidak hairanlah syarikat yang bekerjasama dengan Malaysia untuk membawa tren ini ke Malaysia adalah syarikat dari Jepun dan Korea (Hyundai Rotem dan Mitsubishi Electric Corporation). Kita sepatutnya telah mempunyai tren sebegini kerana aku ada pernah terdengar kenyataan yang diutarakan oleh Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir kita bahawa negara kita tidak perlu untuk mengikut Eropah, kita perlu mengamalkan konsep pandang ke Timur dan bukan ke Barat. Kita dapat lihat bagaimana Jepun dan Korea membangun walaupun mereka tue sume kurang atau tidak mahir dalam bahasa Inggeris dan memperkasakan bahasa mereka sendiri.

So, moral of the story tuk n3 post aku kali ini adalah untuk mengingatkan kawan2 aku, janganlah nak di agungkan sangat bahasa Inggeris tue sedangkan negara Jepun, Korea dan China lebih maju dari kita sedangkan mereka tue tidak pernah nak mengagungkan bahasa barat nih. Kita jer yang terhegeh2 duk speaking mcm hape. Tapi dorg still jugak boleh maju. Lu pikir lah sendiri...

Cintailah bahasa kita..chow sin chii..:)

No comments:

Post a Comment