:: Pukul Berapa Tok Harimau ::

Saturday, December 19, 2009

Seram!!

Hi all,
Malam nie aku nak kongsi satu bende ngn korg sume yang bace blog aku nie lah. Nak dijadikan cerita, malam semalam masa aku sampai kat kampung aku, aku pergi jemput mak aku di rumah kak long aku sebab mak aku duk sorang2 kat rumah, so better dia duk rumah kak long aku. So, mase dalam kete nak balik ke rumah mak aku dari rumah kak long aku, mak aku cerita satu pengalaman yang menyeramkan berlaku di rumah kak long aku. Aku teruja lah nak mendengarnyer. Mak aku bagitau satu malam masa dia sedang tido sorang2 di bilik cucu dia, dia terdengar satu bunyi yang kuat jatuh dekat sebelah dia masa dia tido, so mak aku tersedarlah tapi mak aku taknak pandang ape kt sebelah dia dan mak aku menjerit kuat2. Tapi sorang pun tak dengar jeritan mak aku dan mak aku hairan lah. So dengan pantas mak aku terus keluar pergi ke bilik kak long aku dan tido dalam bilik kak long aku. Pada ketika itu abg ipar aku tiada kerana masih bertugas di Lumut. Meremang jugaklah bulu roma aku mase dengar cerita mak aku nih.

Siang tadi, kak long dan abg ipar aku pergi jupa ader sorang haji nie dan dia agak pakar tentang bende2 mcm nie, haji tue bagitau, ader bende yang sedang mengekori mak aku dan kemungkinan itu adalah saka orang lama2 dari salasilah keluarga sebelah mak aku. Sebelum nie pun bende macam nie ader berlaku kat rumah aku dan aku hanye anggap bende tue macam bese. Malam nie baru aku terase macam seram ckit dan masa kak long ceritakan malam tadi aku dah rase tak sedap hati. Aku pesan kat mak aku supaya banyak membaca ayat2 Al-Quran dan surah-surah pendinding nie supaya bende tue jauh dari kite. 

Aku berdoa agar tak ada apa2 berlaku dalam keluarga aku nie. Aminnn..

No comments:

Post a Comment