:: Pukul Berapa Tok Harimau ::

Friday, December 18, 2009


Salam guys,

 Hari nie lambat lak update blog..haha..badan aku rase x sehat plus selseme,(bende yang aku paling rimas skali adalah bersin2)..huhu. Tapi nak wat caner, klu x online nanti boring lak kan dan ini jer lah yang aku boleh wat kt umah nie selain dari tgk tv.

Ape-ape hal pun aku nak ucapkan TAHNIAH! kepada pasukan bolasepak Malaysia kerana telah menamatkan kemarau 20 tahun kehausan pingat emas dan malam semalam mereka telah membuktikan sesungguhnya pasukan Malaysia masih lagi mempunyai sinar harapan untuk terserlah diperingkat antarabangsa. Kejayaan ini sebenarnya patut dijadikan titik mula kebangkitan pasukan negara kita yang telah lama kehausan title di Asia tenggara ini.

Harap-harap pemain-pemain yang telah menjuarai pingat emas ini tidak menjadi ego atau egois yang hanya menyinar dalam sukan sea tetapi dalam kejohanan lain terus menyajikan aksi buruk. Satu lagi pesanan aku, bukan kritikan yer..jangan terlalu berpuas hati dengan kejayaan yang ada sekarang ini kerana kita boleh pergi ke pringkat yang lebih tinggi kalau kene pada gayanya. Jangan lagak jer superstar tetapi hakikatnya kita tak boleh menjadi superstar. Pastikan target seterusnya di Sukan Asia..Malaysia Boleh!!

No comments:

Post a Comment