:: Pukul Berapa Tok Harimau ::

Monday, December 14, 2009

Syabas Malaysia!

Salam,
Arini tepat pukul 6 ptg aku terus bergegas blk umah coz nk standby depan tv nak tengok live Malaysia vs Laos tuk menentukan pasukan mane yang layak bermain di perlawanan akhir nanti. Sungguh tidak mengecewakan keputusan akhir yang terpampang dikaca tv yang mana menunjukkan Malaysia menang 3-1 dengan Laos.

Tapi semasa perlawanan di separuh masa kedua, aku amat tidak berpuas hati dengan corak permainan yang pasukan Malaysia tonjolkan di mana bermain secara bertahan sedangkan masa ada 40 minit lagi. Itulah yang menyebabkan pasukan Laos dapat menyamakan kedudukan menjadi 1-1. Malaysia betul-betul hanya mengharapkan serangan balas untuk mendapatkan gol ke-2 dan ke-3.

Walaubagaimana pun kredit kepada player-player Malaysia yang berhempas pulas untuk membawa Malaysia layak ke final kali ke-10 pada sukan Sea kali ini. Syabas Malaysia. Malaysia Boleh!..

All the best untuk final bertemu Vietnam nanti. Chaiyokk!!
Dimana bumi dipijak, disitu langit dijunjung.

No comments:

Post a Comment