:: Pukul Berapa Tok Harimau ::

Tuesday, December 22, 2009

Sejauhmana Keberkesanan Bekerja Di Rumah


Berita Utama jam 8 malam semalam telah memberitahu bahawa JKR telah mengumumkan sebanyak 39 kakitangannya akan mengukuti skim perintis bekerja dari rumah. Ini bermakna mereka yang telah terpilih hanya akan bekerja di rumah tanpa perlu ke pejabat. So interesting! kan?

So, ape pendapat korang berkenaan dengan benda nie? Bagi aku ia adalah satu permulaan untuk mengubah budaya hidup masyarakat di Malaysia ini. Ada kebaikan dan juga keburukan bekerja dari rumah ini. Persoalannya, adakah bekerja dari rumah lebih efisyen dan effective? Aku tidak membangkang untuk perkara ini kerana bagi aku, situasi begini dapat memberi kesan positif dari segi perbelanjaan isi rumah dan kesan kepada kesesakan dijalan raya. Apabila ramai yang bekerja dirumah, so mungkin kesesakan yang selalu terjadi pada waktu pagi akan berkurangan. Walaubagaimana pun, perkara ini perlu diteliti dengan betul sekirannya hendak dilaksanakan. Bagaimana pula dengan pengawasan terhadap staf yang bekerja dirumah? Adakah mereka betul2 buat kerja atau sekadar hanya beberapa minit duduk di depan komputer dan selepas itu mereka boleh bebas ke mana-mana. So, di sini integriti individu tersebut perlulah ada dan dipertingkatkan.
Fikir-fikirkan lah yer kawan2..:)

Saturday, December 19, 2009

sambungan AB.NET FC Family Day @ PD Marina...layannn..







 

 

 

 

Thanks for watching..:)

Seram!!

Hi all,
Malam nie aku nak kongsi satu bende ngn korg sume yang bace blog aku nie lah. Nak dijadikan cerita, malam semalam masa aku sampai kat kampung aku, aku pergi jemput mak aku di rumah kak long aku sebab mak aku duk sorang2 kat rumah, so better dia duk rumah kak long aku. So, mase dalam kete nak balik ke rumah mak aku dari rumah kak long aku, mak aku cerita satu pengalaman yang menyeramkan berlaku di rumah kak long aku. Aku teruja lah nak mendengarnyer. Mak aku bagitau satu malam masa dia sedang tido sorang2 di bilik cucu dia, dia terdengar satu bunyi yang kuat jatuh dekat sebelah dia masa dia tido, so mak aku tersedarlah tapi mak aku taknak pandang ape kt sebelah dia dan mak aku menjerit kuat2. Tapi sorang pun tak dengar jeritan mak aku dan mak aku hairan lah. So dengan pantas mak aku terus keluar pergi ke bilik kak long aku dan tido dalam bilik kak long aku. Pada ketika itu abg ipar aku tiada kerana masih bertugas di Lumut. Meremang jugaklah bulu roma aku mase dengar cerita mak aku nih.

Siang tadi, kak long dan abg ipar aku pergi jupa ader sorang haji nie dan dia agak pakar tentang bende2 mcm nie, haji tue bagitau, ader bende yang sedang mengekori mak aku dan kemungkinan itu adalah saka orang lama2 dari salasilah keluarga sebelah mak aku. Sebelum nie pun bende macam nie ader berlaku kat rumah aku dan aku hanye anggap bende tue macam bese. Malam nie baru aku terase macam seram ckit dan masa kak long ceritakan malam tadi aku dah rase tak sedap hati. Aku pesan kat mak aku supaya banyak membaca ayat2 Al-Quran dan surah-surah pendinding nie supaya bende tue jauh dari kite. 

Aku berdoa agar tak ada apa2 berlaku dalam keluarga aku nie. Aminnn..

Friday, December 18, 2009


Salam guys,

 Hari nie lambat lak update blog..haha..badan aku rase x sehat plus selseme,(bende yang aku paling rimas skali adalah bersin2)..huhu. Tapi nak wat caner, klu x online nanti boring lak kan dan ini jer lah yang aku boleh wat kt umah nie selain dari tgk tv.

Ape-ape hal pun aku nak ucapkan TAHNIAH! kepada pasukan bolasepak Malaysia kerana telah menamatkan kemarau 20 tahun kehausan pingat emas dan malam semalam mereka telah membuktikan sesungguhnya pasukan Malaysia masih lagi mempunyai sinar harapan untuk terserlah diperingkat antarabangsa. Kejayaan ini sebenarnya patut dijadikan titik mula kebangkitan pasukan negara kita yang telah lama kehausan title di Asia tenggara ini.

Harap-harap pemain-pemain yang telah menjuarai pingat emas ini tidak menjadi ego atau egois yang hanya menyinar dalam sukan sea tetapi dalam kejohanan lain terus menyajikan aksi buruk. Satu lagi pesanan aku, bukan kritikan yer..jangan terlalu berpuas hati dengan kejayaan yang ada sekarang ini kerana kita boleh pergi ke pringkat yang lebih tinggi kalau kene pada gayanya. Jangan lagak jer superstar tetapi hakikatnya kita tak boleh menjadi superstar. Pastikan target seterusnya di Sukan Asia..Malaysia Boleh!!

Thursday, December 17, 2009

Inikah dinamakan Satu Malaysia...???

Morning olss,
Semalam aku balik dari opis dalam kul 6 dan sampai di rumah dalam kul 6.45pm, so aku rilek2 dan terus tertido. Then aku tersedar dlm kul 8 dan terus solat magrib, lepas solat magrib tue aku terus terlelap lagi, xtau kenape badan aku terase letih sangat..huhu..aku terjaga balik dalam kul 2 am..lame kan aku tertido..itu bkn tertido lagi dah tue..hahaha..


Cerita yang aku nak bagitau nie bkn pasal aku tido pun..hehe..tapi selepas aku bangun tido tue aku online jap dan bukak facebook, sekali ternampak lak ader satu pic yang kawan aku tag untuk aku berkaitan dengan perbualan atau comment di facebook oleh seorang berbangsa cina..Conversation dorg tue melampau dan berbau perkauman seperti menghina orang Melayu sama seperti binatang yang haram tue. Korg fikirkanlah sendiri.

Inikah yang dikatakan 1 Malaysia, walaupun ko nak maki hamun bangsa lain, tapi janganlah dekat public, ingat facebook tue kaum cina jer ker boleh tengok. Bende mcm nie lah yang boleh memecah belahkan kaum di Negara kita. Naik la kejap darah aku malam tadi bila tengok comment mcm nih..fuhh..bull s**t tul la.

k lah..lagi lama aku duk tgk bende nie, lagi lah menyirap darah aku..selamat berfikir dan bermaki..hehehe :)

Wednesday, December 16, 2009

Tren Terpantas Di Malaysia

Salam,
Hari ini terbaca dalam akhbar KOSMO! mengenai tren baru yang dimiliki oleh Malaysia yang dipanggil Electric Train Set (ETS). Tren ini adalah berkelajuan sehingga 140km/j. sememangnya laju bagi menggantikan tren KTM yang sedia ada dimana sangatlah lembab. Harap-harap dengan adanya tren sebegini akan memudahkan perjalanan kita untuk ke seremban atau ke ipoh dan dapat mengurangkan kesesakan yang semakin teruk di Ibu negara sekarang ini.

Sebenarnya tren sebegini telah lama digunakan di Jepun dan Korea dan tidak hairanlah syarikat yang bekerjasama dengan Malaysia untuk membawa tren ini ke Malaysia adalah syarikat dari Jepun dan Korea (Hyundai Rotem dan Mitsubishi Electric Corporation). Kita sepatutnya telah mempunyai tren sebegini kerana aku ada pernah terdengar kenyataan yang diutarakan oleh Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir kita bahawa negara kita tidak perlu untuk mengikut Eropah, kita perlu mengamalkan konsep pandang ke Timur dan bukan ke Barat. Kita dapat lihat bagaimana Jepun dan Korea membangun walaupun mereka tue sume kurang atau tidak mahir dalam bahasa Inggeris dan memperkasakan bahasa mereka sendiri.

So, moral of the story tuk n3 post aku kali ini adalah untuk mengingatkan kawan2 aku, janganlah nak di agungkan sangat bahasa Inggeris tue sedangkan negara Jepun, Korea dan China lebih maju dari kita sedangkan mereka tue tidak pernah nak mengagungkan bahasa barat nih. Kita jer yang terhegeh2 duk speaking mcm hape. Tapi dorg still jugak boleh maju. Lu pikir lah sendiri...

Cintailah bahasa kita..chow sin chii..:)