:: Pukul Berapa Tok Harimau ::

Thursday, September 9, 2010

Ramadhan Berlalu Syawal Menjelma

by musang malam blog team
Salam semua,


Alhamdulillah akhirnya berjaya juga kita menyelesaikan ibadah puasa kita selama 30 hari dimana ianya adalah tuntutan Rukun Islam yang ke 3. Semoga kita beroleh keberkatan dalam 30 hari kita menunaikan ibadah tersebut dan dapat merasai malam yang ditunggu-tunggu oleh semua umat Islam iaitu Malam Lailatulqadar..Semoga Allah memanjangkan umur kita untuk merasai lagi nikmat Ramadhan yang akan datang Insya Allah.

Hanya beberapa jam lagi akan kedengaran laungan Takbir umat Islam seluruh dunia yang menandakan kemenangan melawan hawa nafsu selama 30 hari di dalam bulan Ramadhan. Dalam Islam kita digalakkan bertakbir dengan penuh semengat kerana ingin menunjukkan semangat kita dalam memperoleh kemenangan mengatasi hawa nafsu kita yang bermaharajarela selama 11 bulan. 

Bersihkan lah diri di pagi 1 Syawal dan beramai-ramai menuju ke masjid atau surau untuk menunaikan sunat Idulfitri. Kaum hawa yang dalam keuzuranpun boleh untuk terlibat serta untuk sama-sama menyambut kemenangan ini dan tidak semestinya dengan memasuki kawasan ibadah, tetapi dengan mendengar khutbah Idulfitri dari luar kawasan ibadah atau di dalam kereta. Jangan lupa!!..selesaikan bayaran Zakat Fitrah sebelum selesai khutbah Idulfitri dan tidak sah bagi seseorang apabila membayar selepas dari selesai Solat Idulfitri.

Pada kebiasaannya selepas solat sunat Idulfitri, ramai yang akan menuju ke tanah perkuburan. Menurut sunnah Rasulullah SAW, kaum wanita tidak digalakkan menziarahi tanah perkuburan dan cukup sekadar untuk mendoakan si mati dari rumah atau mana2 sahaja. Ini kerana apabila kaum wanita turut serta menziarahi kubor, ianya akan mendatangkan FITNAH. Ini dapat dilihat apabila ramai kaum wanita yang berpusu-pusu pergi ke tanah perkuburan dengan pakaian yang tidak bersesuaian dan bau bauan yang mengganggu makhluk yang ada di sekitar tanah perkuboran. Perkara ini tidak diambil berat oleh umat Islam sekarang sedangkan Rasullullah SAW telah berpesan dan ianya tidak di ambil berat.

Dikesempatan ini juga..saya Mohd Firdaus Bin Mohd Ali sekeluarga ingin mengucapkan Salam Idul Fitri. Mohon maaf segala kekhilafan yang ada sepanjang coretan di dalam blog saya ini. Moga Syawal yang hadir ini memberi sejuta kenikmatan kepada kita dan Ramadhan yang berlalu membawa sejuta kerahmatan..aminn.

Salam Idulfitri.

Tuesday, September 7, 2010

Maki Hamun

Please jangan suke sangat nak maki hamun orang tak tentu pasal...

Bila selalu sangat maki hamun orang..nanti bende tue jadi tabiat dalam diri tuk selalu nk maki orang jer..

Banyak lagi bende boleh cakap selain nak maki hamun tak tentu pasal..lagi2 kat orang yg close dengan kiter..

Perlu lah ingat hati dan perasaan orang lain..tak kire sama ada orang tue lelaki or wanita..walau macam mana rock pun muke die tapi dia tetap ada hati perasaan jugak..mereka ini bukan BATU yang mana orang boleh baling2 sesuke hati.

That's all tuk luahan aku pada malam yang hening ini...hatiku terguris sakitt..bukan nak releasekan ape yang aku rase tapi menambahkan lagi kekusutan dalam kepale..aku jer ker kene jaga hati orang and macam mana ngn hati aku lak...

Baik balik kampung tgk mak aku lagi bagus..hehe..takde kene mengene lak..haha..

K..nite olls..May Allah bless u olls

Sunday, September 5, 2010

Terase Hati

Huhu..aku sangat terase hati malam nie..sesuke hati jer ckp aku gile..menyirappp jerr..huhu. Agak2 la kan kalu nak cakap tue. Bile kite ckp kt die tau pulak nak marah. Ape aku nie xde hati dan perasaan ker?? Ape ingat aku nie adik2 kamu ker..sesuke hati jer.

Bengang..bengang..bengang..
Mungkinkah aku selalu sangat bagi muke..??
Sampai orang boley pijak2 aku balik..ermmm..nak suruh orang cakap berlapis..tapi??
Diri sendiri macam mane?? Penah pikir tak??

Baik aku jadi orang giler laa..boleh terus masuk Syurga..
Dari jadi orang normal yang belum tentu dapat masuk Syurga..Walaupun menjadi makhluk paling sempurna kejadian tuhan

-aku terase hati-

Sunday, August 29, 2010

Alhamdulillah..Pembedahan Berjaya

Hi all,


Pada 26 Ogos 2010 (Khamis) ibu aku dimasukkan ke hospital untuk proses pembedahan. Beliau mengalami ketumbuhan didalam bahagian hidung yang hampir2 menyukarkan proses pernafasan beliau. Akhirnya Doc mengambil keputusan untuk mempercepatkan proses pembedahan ini. Sebelum ini Ibu aku sepatutnya menjalani pembedahan pada 15 Oktober 2010..bapakk lame nak kene tunggu..disebabkan ketumbuhan itu boleh merebak..maka doc telah mempercepatkan..Thanks God kerana menerima doa hambamu ini..Alhamdulillah..

Sekarang ini Ibu aku telah pulang ke rumah walaupun ade sedikit bleeding di dalam hidung beliau akibat daripada pembedahan tersebut, tapi tak kritikal sgt..Sekarang Ibuku boleh bernafas seperti sediakala..aku sangat2 bersyukur atas ape yang berlaku..walaupun penat berulang balik dr umah ke hospital yang jaraknya 45km..tapi berbaloi kerana untuk IBU aku..aku sayang IBU...Thanks God for your great gift for us...

musangmalam 19 Ramadhan 1431h

Sunday, August 22, 2010

THANK YOU ALLAH

I was so far from you
Yet to me you were always so close
I wandered lost in the dark
I closed my eyes toward the signs
You put in my way
I walked everyday
Further and further away from you
Ooooo Allah, you brought me home
I thank You with every breath I take.

Alhamdulillah, Elhamdulillah
All praises to Allah, All praises to Allah
Alhamdulillah, Elhamdulillah
All praises to Allah, All praises to Allah.

I never thought about
All the things you have given to me
I never thanked you once
I was too proud to see the truth
And prostrate to you

Until I took the first step
And that’s when you opened the doors for me
Now Allah, I realized what I was missing
By being far from you.

Alhamdulillah, Elhamdulillah
All praises to Allah, All praises to Allah
Alhamdulillah, Elhamdulillah
All praises to Allah, All praises to Allah.

Allah, I wanna thank You
I wanna thank you for all the things that you’ve done
You’ve done for me through all my years I’ve been lost
You guided me from all the ways that were wrong
And did you give me hope

Tuesday, April 20, 2010

Kau Yang Terindah

Semenjak kau hadir dalam hidupku
Tiada lagi keresahan
Kau mengetuk pintu hatiku
Tanpa sedar hingga ku izinkan

Kau yang bernama cinta
Kau yang memberi rasa
Kau yang ilhamkan bahagia
Hingga aku terasa indah

Maaf jikaku tidak sempurna
Tika bahagia mula menjelma
Bila keyakinan datang merasa
Kasih disalut dengan kejujuran

Mencintai dirimu
Merindui dirimu
Memiliki dirimu
Hingga akhir hayat bersama kamu

Kau yang bernama cinta
Kau yang memberi rasa
Kau yang ilhamkan bahagia
Hingga aku terasa indah
Kau yang bernama cinta
Hingga aku rasa indah

Thursday, April 15, 2010

Hak dan Kebebasan

Salam semua,

Agak lama jgk aku tak update blog aku..bkn ape cuma kdg-kdg aku busy sikit dgn kerja harian dan aktiviti sosial yang lain..hehe..:P
Tapi malam nie aku tergerak lak hati nak membuat sedikit coretan atas dasar keprihatinan aku kepada insan-insan yang kadang kala terpaksa meneruskan kehidupan dengan dinafikan hak kebebasan mereka. Aku tak faham lah kenape boleh jadi begini sedangkan yang menafikan itu telah melalui kehidupannya dengan baik tetapi die telah menyukarkan kehidupan org lain. Bagi aku kadang kala tindakannya hanya mengikut perasaan amarah semata-mata..please lahh..don't threat them as a childish..mereka dah besar dan tahu hala tuju jalan kehidupan masing-masing.

Untuk nasihat aku kepada semua, apabila kita mahu kehidupan kita senang dan mudah, janganlah kita menyukarkan kehidupan org lain dan sentiasalah berfikiran positif. Ikutlah peredaran masa dan usia. Nak protector pun jgn lah sehingga melampaui batas-batasnya. Janganlah sampai org mengata kita dengan benda-benda yang tidak elok.

K lah guys, aku dh ngantok n nak tdo..c u next..:)
Assalamualaikum.