:: Pukul Berapa Tok Harimau ::

Wednesday, March 31, 2010

Cara membaca Surah Yassin dgn betul sewaktu seseorang menghadapi Sakaratulmaut

 Teks ini telah saya ambil daripada rakan saya untuk renungan bersama.

Assalammualaikum,

Surau Darussaadah di Keramat Permai telah mengadakan ceramah umum mengenai
Isra' Mikraj oleh Ustaz Abdullah Mahmud.

Berikut adalah sedikit sebanyak intipati ceramah yang ingin saya kongsi
bersama rakan2 sekalian:-

Menurut Ustaz, masyarakat Melayu telah lama buat salah dalam 'membantu'
seseorang mengahdapi sakaratul maut. Menjadi kebiasaan, kita akan
mengelilingi orang yang tengah nazak dengan masing2 membaca surah Yasin,
dengan bacaan yang tersendiri dan bermacam2 ragam (setengah dengan tartil,
setengah bacaan laju). Perbuatan sebegini akan menjadikan orang yang
tengah nazak merasa lebih kelam kabut (kerana menurut ustaz sebelum
datangnya kematian, kita 'disibukkan' dengan segala gambaran perbuatan
kita di dunia)..

Kaedah yang sepatutnya diamalkan ialah:-

i. Lantik seorang yang bacaan Alquran nya baik (dari segi tajwid) untuk
membaca surah Yasin - yang lain2 bole bersama2 semak.

ii. Sebaik2 orang yang dilantik itu adalah anak ataupun saudara terdekat
yang mempunyai perasaan kasih pada orang yang tengah nazak.

iii. Merenung wajah orang tengah nazak sebelum surah Yasin dibaca untuk
menimbulkan rasa belas kasihan dan mudah2an surah yang dibaca boleh
membantu pencabutan nyawa beliau.

iv. Membaca 3 hingga 4 kalimah Surah Yasin, berhenti, dan menolong
(menuntun) beliau untuk melafaz "Laa ila ha illallah".

v. Kemudian menyambung semula bacaan, baca 3 hingga 4 kalimah, berhenti
lagi, dan menolong beliau mengucap "Laa ila haillallah" lagi.

vi. Diteruskan sehingga lah beliau menghembuskan nafas yang terakhir.

Semoga ini dapat meningkatkan lagi ilmu pengetahuan kita dalam 'membantu'
saudara mara atau mak ayah kita dalam menghadapi sakaratul maut. Dan
semoga kita mendapat segala rahmat serta hidayah NYA dlm membuat amal
kebajikan dengan cara yang betul bukan semata2 melalui ikutan adat.


Amiin.

p/s: Jangan melakukan ibadat seperti mengubah adat. Lakukanlah mengikut apa yang di ajar oleh Rasullullah S.A.W.

Tuesday, March 30, 2010

Solat 2 Tahun

Renung-renungkan lahh..

Waktu yang terlepas menabur bencana.

1 Hari = 24 jam
1 Tahun??
12 Bulan, 52 minggu, 362 Hari, 8760 Jam, 525600 Minit dan 31536000 Detik.

Purata manusia akan meninggal dunia antara 60 - 70 tahun ~ 65 tahun.
Purata umur baligh adalah ; Lelaki = +/- 15 tahun dan Perempuan = +/- 12 tahun.
Usia yang ada untuk kita beribadah = 65 tahun - 15 tahun = 50 tahun.

1) Waktu tidor : 8 jam/hari, 50 tahun = 18250 hari, so
18250 x 8 = 16 tahun 7 Bulan ~ 17 tahun.

2) Aktiviti di siang hari : +/- 12 jam/hari
18250 x 12 = 25 tahun (bekerja, karoke, bercinta, main bola dll)

3) Anggaran waktu rehat : +/- 4 jam
18250 x 4 = 8 Tahun (tgk tv, termenung, main game dll)

17 + 25 + 8 = 50 Tahun...Bila masa kita nak buat ibadah pada tuhan kita. Sedangkan Allah pernah berfirman, "tidakku ciptakan jin dan manusia melainkan untuk beribadah kepadaku".

Memang benar!!! Menuntut ilmu itu ibadah, kalau niatnya untuk ibadah, tetapi KEBANYAKANNYA BELAJAR AGAR MUDAH MENCARI PEKERJAAN. SEKIRANYA BELAJAR ITU TIDAK MEMBANTU MENAMBAH PENDAPATAN KITA, KITA TIDAK AKAN BELAJAR…
Memang benar!!! Bekerja cari nafkah itu ibadah, tapi bekerja yang bagaimana? Ramai orang bekerja untuk hidup bermewah-mewahan dan amat kurang sedekahnya.

“ Jarang ada yang menolak untuk dipuji dan dipuja tatkala berjaya

Berapa banyak solat kita dalam 50 Tahun itu??

1 Solat = +/- 10 minit, 5 kali solat = 1 jam
18250 x 1jam = 18250 jam = 2 tahun

waktu yang kita manfaatkan dalam 50 tahun di dunia cuma 2 tahun untuk solat ( ini kalau yg solat 10minit! Kalau solat macam ayam patuk tanah..amacam? ) 2 tahun dari 50 tahun kesempatan kita….itupun belum tentu solat kita bermakna berpahala dan di terima.

"Dan sekiranya pahala solat kita selama 2 tahun tidak sebanding dengan perbuatan dosa-dosa kita selama 50 tahun; dalam percakapan kita yang selalu dusta, baik yang sengaja ataupun tidak, dalam pertuturan kita yang sering mengguris orangtua kita, dalam harta kekayaan kita yang selalu kedekut terhadap orang faqir, dalam setiap perbuatan kita yang selalu bergelumang dosa…

Ambillah kesempatan yang kita ada sementara masih ada nafas hidup di Bumi Allah ini.

Wassalam..

Friday, March 5, 2010

HARGA DIRIKU

Di dirimu aku menemukan
Yang mencintaiku
Yang menyayangiku
Di dirimu aku ketakutan
Kau biarkanku
Kau tinggalkanku
  
Bila kamu tak lagi denganku
Ku tak tahu apa ‘tuk jalani hidupku
Bila memang kau pergi dariku
Ku tak ada lagi di dunia ini

Mengertikah kau siang malamku
Dan tangis tawaku
Kau semua hidupku
Pandang aku pandanglah hatiku
Aku tak mampu melangkah tanpamu

Bukan ku tak punya harga diri
Tapi dirimu begitu berarti
Kaulah nafasku engkau harga diriku
Mengerti aku….

Wednesday, March 3, 2010

Mutiara Kata..

 

Gantungkan azam dan semangatmu setinggi bintang di langit dan rendahkan hatimu serendah mutiara di lautan..


Berani Kerana Benar, Takut Kerana Salah

Mungkin korg biasa mendengar pepatah lama nie kan dan selalu kita jupa masa kita belajar matapelajaran Bahasa Melayu dalam bab peribahasa melayu..hehe..just nk rewind jer bende-bende lepas. Tapi kadang-kadang aku musykil..walaupun kita selalu mendengar dan faham dengan makna peribahasa nie..tp kita still lagi takut dengan bayang-bayang sendiri.

Kalau rasa apa jua perkara yang kita lakukan itu betul dan yakin..mak kita tak perlu nak berasa takut..betul tak??kalau kita berasa takut atau serba salah memang ada something wrong yang kita dah buat. Kalau rasa diri kita betul, avoid jer sumber-sumber luar yang datang mengganggu kita..perlu ker kita nak membenci semua orang?? Pepatah melayu juga ada mengatakan.."akibat nila setitik, habis susu sebelanga". Aku selalu berpesan kat diri aku, biarlah org menganiayai kita, tetapi jgn sesekali kita menganiayai org. Rasulullah SAW pun penah berpesan kepada kita supaya selalu memaafkan kesilapan org lain kepada kita. Sesungguhnya Allah amat menyukai orang yang selalu meminta ampun..:)

peace no war...

Thursday, February 4, 2010

Apabila Islam tidak diletakkan pada landasan yang betul

Salam semua,

Terdetik hari ini aku nak menulis kt blog aku. Aku ada terbaca tentang masalah/jenayah sosial yang semakin kritikal di negara kita ini. Tak tahulah mana silapnya dan yang paling penting aku rase kesilapan nya berpunca daripada sesetengah pemimpin yang hanya melaungkan ke'ISLAM'an mereka tetapi semata-mata untuk menutup apa yang sering diperkata.

Walhal, negara kita telah meletakkan Islam itu adalah agama rasmi, tetapi dari segi perundangan kita amat lemah dan perlaksanaan terhadap perkara-perkara yang berkaitan dengan hukum hakam Islam amat tidak dititik beratkan. Aku ada terbaca macam-macam berita di dada akhbar tentang isu-isu sosial yang semakin huru hara. Contohnya akhbar Metro pada 3/1/2010 mengenai isteri memukul suami. Dimanakah letaknya rasa hormat terhadap ketua keluarga??

Satu lagi berkaitan dengan sambutan Hari Kekasih pada 14hb Feb ini. Setiap kali pada tarikh ini ramai anak-anak dara akan menjadi mangsa korban kepada teman lelaki mereka kerana kununnya membuktikan tanda kasih dan cinta kedua-dua pasangan. Bodoh ker ape pompuan-pompuan sekarang nie mudah sangat nak gadaikan mahkota ko tuh..sangat murah harga diri masing-masing..Inilah akibatnya apabila Islam tidak dilaksanakan sepenuhnya dan hanya diambil apa yang menjadi kepentingan sahaja. Moga aku tak tergolong dalam golongan orang-orang yang macam nie.

Ya Allah, tetapkanlah iman hambamu ini dan jauhkan lah kami dari siksa api neraka..aminnn.

Wednesday, January 6, 2010

Aku Inginkan Kedamaian

Salam semua,

Tak terlewat untuk aku mengucapkan Selamat Tahun Baru pada semua. Hopefully kedatangan tahun baru ini banyak mengubah aku dari tak berapa baik kepada yang lebih baik.

Tapi lately nie fikiran aku tak berapa tenang memikirkan masalah peribadi aku. Orang duk pertikai kan kesetiaan aku. Akupun tak tahulah..kadang-kadang boleh buat aku jadi giler. aku nie punyalah giler babi setia dan bagi seluruh hati aku nie tanpa peduli orang lain, tapi still jugak orang nak pertikaikan. Ingat aku nie ape??
Kalau aku nak suka-suka dalam perhubungan dah lama aku main ngn banyak betina kat luar tue. Tapi aku fikir aku bukan orang yang macam tue.

Kadang-kadang bende yang ada di facebook menjadi punca, disebabkan salah faham ditambah pulak ngn ada 'nasi tambah' dari orang lain. Aku paling benci ada 'nasi tambah' macam tuh..ko lagi nak menambahkan 'worst' kt dalam hubungan orang lain..biler aku komen sana sini, xboley..tapi biler org lain duk komen dan take care pasal die, ingat aku tak terase??so apa masalahnyer??

Tepuk dada pandanglah diri kita sebelum kita nak blame seseorang.

Salam muhibbah.