:: Pukul Berapa Tok Harimau ::

Thursday, February 4, 2010

Apabila Islam tidak diletakkan pada landasan yang betul

Salam semua,

Terdetik hari ini aku nak menulis kt blog aku. Aku ada terbaca tentang masalah/jenayah sosial yang semakin kritikal di negara kita ini. Tak tahulah mana silapnya dan yang paling penting aku rase kesilapan nya berpunca daripada sesetengah pemimpin yang hanya melaungkan ke'ISLAM'an mereka tetapi semata-mata untuk menutup apa yang sering diperkata.

Walhal, negara kita telah meletakkan Islam itu adalah agama rasmi, tetapi dari segi perundangan kita amat lemah dan perlaksanaan terhadap perkara-perkara yang berkaitan dengan hukum hakam Islam amat tidak dititik beratkan. Aku ada terbaca macam-macam berita di dada akhbar tentang isu-isu sosial yang semakin huru hara. Contohnya akhbar Metro pada 3/1/2010 mengenai isteri memukul suami. Dimanakah letaknya rasa hormat terhadap ketua keluarga??

Satu lagi berkaitan dengan sambutan Hari Kekasih pada 14hb Feb ini. Setiap kali pada tarikh ini ramai anak-anak dara akan menjadi mangsa korban kepada teman lelaki mereka kerana kununnya membuktikan tanda kasih dan cinta kedua-dua pasangan. Bodoh ker ape pompuan-pompuan sekarang nie mudah sangat nak gadaikan mahkota ko tuh..sangat murah harga diri masing-masing..Inilah akibatnya apabila Islam tidak dilaksanakan sepenuhnya dan hanya diambil apa yang menjadi kepentingan sahaja. Moga aku tak tergolong dalam golongan orang-orang yang macam nie.

Ya Allah, tetapkanlah iman hambamu ini dan jauhkan lah kami dari siksa api neraka..aminnn.

1 comment: