:: Pukul Berapa Tok Harimau ::

Wednesday, March 3, 2010

Berani Kerana Benar, Takut Kerana Salah

Mungkin korg biasa mendengar pepatah lama nie kan dan selalu kita jupa masa kita belajar matapelajaran Bahasa Melayu dalam bab peribahasa melayu..hehe..just nk rewind jer bende-bende lepas. Tapi kadang-kadang aku musykil..walaupun kita selalu mendengar dan faham dengan makna peribahasa nie..tp kita still lagi takut dengan bayang-bayang sendiri.

Kalau rasa apa jua perkara yang kita lakukan itu betul dan yakin..mak kita tak perlu nak berasa takut..betul tak??kalau kita berasa takut atau serba salah memang ada something wrong yang kita dah buat. Kalau rasa diri kita betul, avoid jer sumber-sumber luar yang datang mengganggu kita..perlu ker kita nak membenci semua orang?? Pepatah melayu juga ada mengatakan.."akibat nila setitik, habis susu sebelanga". Aku selalu berpesan kat diri aku, biarlah org menganiayai kita, tetapi jgn sesekali kita menganiayai org. Rasulullah SAW pun penah berpesan kepada kita supaya selalu memaafkan kesilapan org lain kepada kita. Sesungguhnya Allah amat menyukai orang yang selalu meminta ampun..:)

peace no war...

No comments:

Post a Comment