:: Pukul Berapa Tok Harimau ::

Thursday, September 9, 2010

Ramadhan Berlalu Syawal Menjelma

by musang malam blog team
Salam semua,


Alhamdulillah akhirnya berjaya juga kita menyelesaikan ibadah puasa kita selama 30 hari dimana ianya adalah tuntutan Rukun Islam yang ke 3. Semoga kita beroleh keberkatan dalam 30 hari kita menunaikan ibadah tersebut dan dapat merasai malam yang ditunggu-tunggu oleh semua umat Islam iaitu Malam Lailatulqadar..Semoga Allah memanjangkan umur kita untuk merasai lagi nikmat Ramadhan yang akan datang Insya Allah.

Hanya beberapa jam lagi akan kedengaran laungan Takbir umat Islam seluruh dunia yang menandakan kemenangan melawan hawa nafsu selama 30 hari di dalam bulan Ramadhan. Dalam Islam kita digalakkan bertakbir dengan penuh semengat kerana ingin menunjukkan semangat kita dalam memperoleh kemenangan mengatasi hawa nafsu kita yang bermaharajarela selama 11 bulan. 

Bersihkan lah diri di pagi 1 Syawal dan beramai-ramai menuju ke masjid atau surau untuk menunaikan sunat Idulfitri. Kaum hawa yang dalam keuzuranpun boleh untuk terlibat serta untuk sama-sama menyambut kemenangan ini dan tidak semestinya dengan memasuki kawasan ibadah, tetapi dengan mendengar khutbah Idulfitri dari luar kawasan ibadah atau di dalam kereta. Jangan lupa!!..selesaikan bayaran Zakat Fitrah sebelum selesai khutbah Idulfitri dan tidak sah bagi seseorang apabila membayar selepas dari selesai Solat Idulfitri.

Pada kebiasaannya selepas solat sunat Idulfitri, ramai yang akan menuju ke tanah perkuburan. Menurut sunnah Rasulullah SAW, kaum wanita tidak digalakkan menziarahi tanah perkuburan dan cukup sekadar untuk mendoakan si mati dari rumah atau mana2 sahaja. Ini kerana apabila kaum wanita turut serta menziarahi kubor, ianya akan mendatangkan FITNAH. Ini dapat dilihat apabila ramai kaum wanita yang berpusu-pusu pergi ke tanah perkuburan dengan pakaian yang tidak bersesuaian dan bau bauan yang mengganggu makhluk yang ada di sekitar tanah perkuboran. Perkara ini tidak diambil berat oleh umat Islam sekarang sedangkan Rasullullah SAW telah berpesan dan ianya tidak di ambil berat.

Dikesempatan ini juga..saya Mohd Firdaus Bin Mohd Ali sekeluarga ingin mengucapkan Salam Idul Fitri. Mohon maaf segala kekhilafan yang ada sepanjang coretan di dalam blog saya ini. Moga Syawal yang hadir ini memberi sejuta kenikmatan kepada kita dan Ramadhan yang berlalu membawa sejuta kerahmatan..aminn.

Salam Idulfitri.

1 comment:

  1. semoga ramadhan yang lalu penuh keberkatan dan syawal penuh dengan kemaafan

    ReplyDelete