:: Pukul Berapa Tok Harimau ::

Wednesday, June 1, 2011

Cuti-cuti Malaysia...

Salam,

Malam ter'free' lak nk update blog..tah sebab bapak boring giler..baru je lepas layan citer kongsi kt youtube..haha..Jimat la sikit duit aku tak payah pegi tgk kt wayang..ngeh..ngeh..kalau korang rase nk layan klik lah link kt bawah nie..

http://www.youtube.com/watch?v=DQ36H8d9LqM

Citer dia ok lah..lawak. Pada siapa yang suke komedi akan rase best lar citer nie, tp kalau sape2 yang expect nak action lebey..ermm..mmg TAK laa..hehehe..

Ok. back to subject asal aku..haha..
lepas tgk citer nie td tetibe terasa lak mcm tak sabar nk bercuti panjang minggu depan..yahooooo!!
berehat menenangkan kekusutan ditempat kerja..Pulau Perhentian..wait for me bebeh..lalalalalala
So, selamat bercuti kat aku..wakakaka..ade aku kesahhh..

K lah..chow..aku nak layan Football Manager lak..
C yeahhh!

Sunday, May 22, 2011

Bantu Rakyat Bukan Minta Persiap Mental

Salam sejahtera bro2 dan sis2..

Tetiba lak terasa nak menulis tgh hari nie sebab dh terlampau geram sangat dengan keadaan di Malaysia nie sekarang. Merujuk kepada berita disalah satu stesyen TV tempatan yg kate nyer no 1 di Malaysia. Ye ke tidak tah..hahaha..tapi bukan benda itu yang guwa nak highlightkan. Guwa nk cakap pasal Headline die 'Rakyat Tidak Boleh Dimanjakan'. WTH statement nih?? bak kata rakan aku ape guna rakyat undi ko kalau ko tak manjakan dorang nie sume..

Satu perkara lagi berkaitan dengan kajian semula subsidi diMalaysia. Rakyat digesa persiapkan mental. Hello..ko suruh rakyat persiapkan mental untuk subsidi barangan harian mereka, so what about subsidi yang ko bagi kt syarikat2 yg berkaitan dgn kerajaan yg berjuta2 ko bagi?? ko ingat rakyat sekarang bodoh?? ko naik kan harga barang, Tol dan minyak. Tapi ko jalan ke mana2 tol xbayar, minyak pkai elaun yg duit rakyat bagi, barang2 ko sume duit rakyat..Bongokk!!!..

Lu orang sume ckp senang sebab lu orang tak rase ape yg rakyat rasa. Gaji ko sebulan pun dah berpuluh-puluh ribu. ape ko ader kesah. Rakyat nie nak kencing berak pun kene bayar tau!!..

one more things is ko byk abeskan duit untuk sesuatu benda yg tak relevan. then ko nk jatuhkan sorg individu sampai abes duit rakyat ko guna tuk fitnah sana sini. Kalau betul dia buat biar dia yang mengadap kat akhirat nanti. no body perfect laa..mcm ko yg kt atas2 tue perfect sgt mcm ahli sufi kan. Cuma ko dpt menyembunyikan perkara sebenar dari mata rakyat dengan duit2 ko..(duit ko ker???)..

::mode:: MENYIRAPPPPPPPPPP................

Tuesday, February 15, 2011

Khas untuk semua Umat Islam seluruh Dunia..SALAM MULIDUR RASUL

Alangkah indahnya hidup ini
Andai dapat kutatap wajahmu
Kan pasti mengalir air mataku
Kerna pancaran ketenanganmu

Alangkah indahnya hidup ini
Andai dapat kukucup tanganmu
Moga mengalir keberkatan dalam diriku
Untuk mengikut jejak langkahmu

Ya Rasulullah Ya Habiballah
Tak pernah kutatap wajahmu
Ya Rasulullah Ya Habiballah
Kami rindu padamu
Allahumma Solli Ala Muhammad
Ya Rabbi Solli Alaihi Wasallim

Alangkah indahnya hidup ini
Andai dapat kudakap dirimu
Tiada kata yang dapat aku ucapkan
Hanya tuhan saja yang tahu

Kutahu cintamu kepada umat
Umati kutahu bimbangnya kau tentang kami
Syafaatkan kami
Alangkah indahnya hidup ini
Andai dapat kutatap wajahmu

Kan pasti mengalir air mataku
Kerna pancaran ketenanganmu
Ya Rasulullah Ya Habiballah
Terimalah kami sebagai umatmu
Ya Rasulullah Ya Habiballah
Kurniakanlah syafaatmu

Tuesday, February 8, 2011

MOSSAD Mula Menjalankankan Operasi Dajjalnya

Ya Allah, mohon engkau selamatkan lah umat Islam di Mesir. Hancurkanlah ISRAEL LAKNATULLAH dari muka bumi ini. Amin Ya Rabbal alamin..

Sila klik link dibawah untuk membaca artikel tersebut.

Revolusi MESIR : – MOSSAD Mula Menjalankankan Operasi Dajjalnya

Tuesday, January 25, 2011

KISAH NABI MUSA

Pada zaman Nabi Musa AS, bani Israel ditimpa musim kemarau yang
berpanjangan. Mereka pun berkumpul mendatangi Nabi mereka. Mereka berkata,
"Ya Kaliimallah, berdoalah kepada Rabbmu agar Dia menurunkan hujan kepada
kami". Maka berangkatlah Musa A.S. bersama kaumnya menuju padang pasir yang
luas. Waktu itu mereka berjumlah lebih dari 70 ribu orang. Mulailah mereka
berdoa dengan keadaan yang lusuh dan penuh debu, haus dan lapar.

Nabi Musa berdoa, "Ilaahi! Asqinaa ghaitsak.. wansyur `alaina rahmatak..
warhamnaa bil athfaal ar rudhdha'.. wal bahaaim ar rutta'.. wal masyaayikh
ar rukka'.." Setelah itu langit tetap saja terang benderang, matahari pun
bersinar makin menyilau (maksudnya segumpal awan pun tak jua muncul).
Kemudian Nabi Musa berdoa lagi, "Ilaahi.. asqinaa"..

Allah pun berfirman kepada Musa, "Bagaimana Aku akan menurunkan hujan kepada
kalian sedangkan di antara kalian ada seorang hamba yang bermaksiat sejak 40
tahun yang lalu. Umumkanlah di hadapan manusia agar dia berdiri di hadapan
kalian semua. Kerana dialah, Aku tidak menurunkan hujan untuk kalian".

Maka Musa pun berteriak di tengah-tengah kaumnya, "Wahai hamba yang
bermaksiat kepada Allah sejak 40 tahun, keluarlah ke hadapan kami, karena
engkaulah hujan tak turun". Seorang lelaki menjeling ke kanan dan kiri, maka
tak seorang pun yang keluar di hadapan manusia, saat itu pula ia sedar kalau
dirinya yang dimaksud.

Ia berkata dalam hatinya, "Kalau aku keluar ke hadapan manusia, maka akan
terbuka rahsiaku. Kalau aku tidak berterus terang, maka hujan pun tak akan
turun". Maka hatinya pun gundah-gulana, air matanya pun menitis, menyesali
perbuatan maksiatnya sambil berkata , "Ya Allah, Aku telah bermaksiat
kepadaMu selama 40 tahun, selama itu pula Engkau menutupi aibku. Sungguh
sekarang aku bertaubat kepadaMu, maka terimalah taubatku".

Tak lama setelah pengakuan taubatnya tersebut, maka awan-awan tebal pun
muncul, semakin lama semakin tebal menghitam, dan akhirnya turunlah hujan.
Musa pun kehairanan, "Ya Allah, Engkau telah turunkan hujan kepada kami,
namun tak seorang pun yang keluar di hadapan manusia". Allah berfirman, "Aku
menurunkan hujan kepada kalian oleh sebab hamba yang kerananya hujan tak
turun telah bertaubat kepadaKu".

Musa berkata, "Ya Allah, tunjukkan padaku hamba yang taat itu". Allah
berfirman, "Ya Musa, Aku tidak membuka aibnya sewaktu dia masih bermaksiat
kepadaKu, apakah Aku perlu membuka aibnya sedangkan dia bertaubat kepadaKu?"

Oh! Islam: Kalaulah bukan kerana Allah menutup aib-aib dari pengetahuan umum
atas dosa-dosa yang kita lakukan, pasti keaiban kita sudah lama tersebar.
Tapi cuba kita lihat anak muda sekarang, mereka tidak malu dan mereka
sendiri menceritakan aib tentang diri sendiri kepada kawan-kawan seolah-olah
bangga dengan perbuatan yang dilakukan. Tidak sedarkah mereka bahawa Allah
telah menutup aib mereka, tapi mereka sendiri membuka pekung di dada.

Saturday, December 11, 2010

Hari yang Penuh Dengan Aktiviti...

Salam sume,

Lama gilerrr tak hapdet blog aku..hehe..kekangan masa dan kesibukan kerja menghalang segala2 nya..ini pun saje je nk tulis2 cari pasal..hahaha..arini ari sabtu 11/12/10..byk tempat yang perlu aku pergi..majlis kahwinlah, game bola lah..lepak ngn member kt PD..fuhhh..byk nyer...

Mula2 nk g Shah Alam amik die then pergi Klang untuk majlis kahwin, lepas tue balik hantar die terus shoot ke Nilai coz petang nie ader game friendly Bola dengan Majlis Perbandaran Nilai kat Mantin..Abenet FC vs MPN..Lepas game kemungkinan kiteorang akan lepak kat PD kut..bujang2 jer tau..hahahaha..ahad pagi baru balik gombak balik kut..tgk keadaan dan kesesuaian masa aku..kalau rasu mcm tak bes nak lepak kat PD aku balik Gombak malam nie jugak..muahahahahah..

k lah nak mandi and siap2 wangi...chaowww!!

p/s: malam tadi pegi tengok Hantu Kak Limah Balik Rumah..hahahahhaha..best siuttt...

Wednesday, October 6, 2010

10 Peraturan untuk setiap bapa yang ada anak perempuan patut bagitau kat Boyfren anak

Kepada Bf anak aku, 

Peraturan 1: Kalo ko sampai kat pagar umah aku pastu dok hon…hon, pastikan ko bawak barang yang nak dihantar..sebab ko takkan ambik ape2 atau sesapa.

Peraturan 2: Jangan ko pegang2 anak aku depan atau belakang aku. Ko boleh pandang dia, selagi mata ko tak merayau lebih dari paras leher anak aku. Kalo ko takleh jaga tangan ko dari dok pegang2 anak aku..aku boleh tolong cabut dan jaga tangan ko kat umah..

Peraturan 3: Aku tau skang nih fesyen budak2 pakai seluar londeh sampai nampak boxer atau spender ko. Aku ni open-minded, so aku takkan suruh ko pakai seluar tu elok2 cam manusia normal. Tapi, bagi memastikan yang seluar ko takkan terbukak atau dibukak semasa ber’dating’ ngan anak aku, aku akan pakai stapler gun kat dalam laci aku nih untuk lekatkan seluar ko kat pinggang.

Peraturan 4: Aku rasa mesti ko tau pasal kempen seks ‘selamat’ yang omputih dok canang hari2 kat tv atau internet. Kalo tak pakai perlindungan cam kondom atau lain2, ko mungkin akan dapat penyakit yang mungkin membunuh ko satu hari nanti. Meh sini aku nak bagitau, kalo ngan anak aku ni, aku lah pelindung tuh..dan aku akan mendatangkan sakit kat tubuh badan ko dan kemungkinan besar akan bunuh ko jugak. Paham?

Peraturan 5: Biasalah kalo ko nak berkenalan lebih baik ngan aku ni sebagai calon bapak mertua ko..ko nak berbual pasal politik, pasal sukan atau lain2 topik semasa. Aku takmo dengar semua tuh. Satu jer topik yang aku minat nak dengar: bila ko nak antar anak aku balik ke umah ni semula? Dan jawapan yang aku nak dengar cuma: “Awal.”

Peraturan 6: Aku rasa ko ni hensem, popular kat kolej/pejabat ko, banyak peluang nak dating ngan aweks2 lain yang lagi kiut-miut..aku takde hal ngan kelebihan ko tu..selagi anak aku pon ok dengan kepopularan ko. Tapi, sekali ko dah couple ngan anak aku, ko jangan pandai2 cari pompuan lain sampai la anak aku dah bosan ngan ko atau dia break-off ngan ko. Kalo ko wat anak aku nangis, aku pulak akan wat ko nangis.

Peraturan 7: Sementara ko menunggu anak aku bersiap, jangan dok mengeluh kalo dia bersiap lama sangat. Kalo ko nak orang yang punctual, ko leh dating ngan mat askar. Kalo ko bosan menunggu kat luar tu, tolong le wat ape yang patut, cam basuh keta aku atau cat pagar umah aku ni.

Peraturan 8: Tempat2 berikut adalah dilarang sama sekali korang pergi dating; tempat yang ada katil, ada sofa, ada rumput atau apa2 tempat yang leh duduk2 atau baring2. tempat2 yang takde kehadiran orang tua, polis, tok imam. Tempat2 yang gelap. Tempat2 yang membolehkan korang berpegang tangan/menari atau bersukaria. Tempat2 yang panas sampai membuatkan anak aku terpaksa pakai tshirt takde lengan..pakai short skirt. Tempat yang sejuk sampai ko kena panaskan badan anak aku. Movie yang romantic, berunsurkan cium2 tu elakkan. Movie pasal seksa kubur atau hari kiamat dibolehkan.

Peraturan 9: Jangan sekali-kali menipu aku. Aku ni nampak jer perut buncit, kepala hampir botak, tapi aku akan tau semua pergerakan ko dari spy2 aku. Kalo aku tanya ko nak pegi mana, dengan sapa lagi yang join ngan korang, ko ada satu peluang jer nak jawab dengan benar, tiada yang tak benar melainkan benar belaka. Aku ada satu senapang patah, satu cangkul dan lima ekar tanah yang penuh hutan kat belakang umah aku ni. Selalunya aku dok menembak khinzir kat situ. Kalo aku tembak kepala ko kat belakang tu, takde sapa yang nak tanye. Jangan main2 ngan aku.

Peraturan 10: Ko patut takut ngan aku ni..kalo boleh biar sampai sangat2 takut. Aku ni dok teringat2 lagi peristiwa bukit kepong. Sampai skang kalo ada orang datang umah senyap2 pastu dok berbual kat laman aku nak tembak..aku ingatkan komunis. Nanti dah abih dating, sampai kat pintu pagar, bukak pintu kereta dan angkat dua2 tangan ko tinggi2. Cakap dengan jelas “saya datang antar anak pakcik”. Pastu terus blah. Tak payah masuk minum teh. Kilauan matahari yang ko nampak kat tingkap umah aku ni ialah teropong senapang sniper aku.

Sekian, Yg ditakuti,Bapak Kepada Gf ko.