:: Pukul Berapa Tok Harimau ::

Wednesday, March 14, 2012

PART 2: Pembohongan Syaitan, Dajjal dan Konco2 Zionis tentang Bulan dan Program2 Angkasa Lepas Mereka....

Untuk memulakan Part 2 ini, sila rujuk photo yang disertakan. Diharapkan photo ini sedikit sebanyak boleh memberikan maklumat2 segera (macam mi segera la) tentang beberapa perkara... (i) Bulan dan perbandingannya dengan Bumi; (ii) Jumlah Bulan bagi tiap-tiap planet yang ada dalam sistem suria; (iii) Saiz dan Kedudukan Bulan yang menepati Teori Phytogoras dan Nisbah Emas seperti yang telah ditetapkan Allah. Sedikit maklumat tambahan... Jarak Bulan dpd Bumi ialah lebih kurang 400,000 km. Bulan tidak berpusing di mana kita hanya dapat melihat muka Bulan yang sama jer dpd Bumi.

Tujuan maklumat2 ini dikongsikan ialah supaya sekurang-kurangnya kita boleh membayangkan tempat yang kita tak pernah pergi langsung ni... iaitu Bulan. Kalau gambaran tentang Bulan ni dah jelas di dalam fikiran kita... elok la tu... tapi simpan dulu la yer gambaran ini.

Sekarang mari kita cuba fahami dulu tujuan NASA ditubuhkan. 

NASA bermaksud “National Aeronautics and Space Administration” . Kalau ikut cerita rasmi yang diberitahu kepada kita, NASA ditubuhkan bagi memperkasakan sistem pertahanan Amerika Syarikat yang pada waktu itu sedang menghadapi tekanan Perang Dingin (Cold War) daripada Rusia. Perang Dingin ialah satu permainan di mana Amerika Syarikat dan Rusia berlumba2 menunjukkan kekuatan dan kebaikan ideologi masing2 dalam usaha untuk mempengaruhi negara-negara lain di dunia ini supaya memilih di antara mereka. Salah satu kategori pertandingan di dalam permainan ini ialah Perlumbaan Menguasai Angkasa (Space Race).

Apa yang mereka tak bagi tahu kat kita ialah Amerika Syarikat dan Rusia pura2 sahaja berperang dingin dan wayang yang dimainkan oleh mereka sebenarnya bertujuan menutup agenda sebenar mereka. Ala... sama la macam wayang yang dimainkan oleh BN dan PKR tu... depan kita bergaduh konon... tapi di belakang kita mereka sahabat karib. Yang penting, orang kebanyakan macam kita ni boleh diperas dan diperhambakan sambil diorang hidup senang lenang.

Ok..ok... balik semula cerita pasal NASA. Sebenarnya tujuan NASA ditubuhkan ialah untuk menutup kisah sebenar kejadian alam ini termasuklah tentang ilmu-ilmu pengetahuan yang menyentuh perihal kejadian Bulan dan Angkasa Lepas. Ini kerana sekiranya maklumat2 sebenar terdedah... tiadalah lagi modal mereka untuk menidakkan kewujudan Allah dan Empayar jahat mereka akan runtuh dengan sendirinya. Walaupun geng2 jahat ini telah diizinkan Allah menguasai ekonomi dan kewangan dunia, tugas untuk menutup kebenaran bukanlah suatu tugas yang mudah.

Sudah tentu Syaitan dan Dajjal tahu tentang betapa susahnya nak menutup kebenaran. Jadi mereka telah mengenalpasti tipu muslihat yang mesti dijalankan. Berikut ialah 5 muslihat tersebut yang mereka kena jayakan terlebih dahulu sebelum boleh menubuhkan NASA: 
(i) Mereka perlu menghapuskan semua rekod2, kitab2 dan manusia2 yang mengetahui tentang hal sebenar Bulan dan angkasa lepas; 
(ii) Mereka perlu menulis semula semua sejarah tentang ketamadunan dan keilmuan manusia; 
(iii) Manusia perlu dilalaikan dengan kesibukan bekerja serta menangani kesusahan urusan hidup supaya tiada masa langsung untuk terfikir tentang tipu muslihat mereka. Mengikut keperluan, hal2 seperti kegawatan ekonomi, hutang melampau, keganasan dan perang mesti diadakan sebagai upacara rutin sepanjang tahun; 
(iv) Budaya moden yang berpaksikan Hiburan2 dan Aktiviti2 Rekreasi keterlaluan perlu disebatikan di dalam sanubari semua orang supaya manusia sibuk melayan keseronokan ini (nak lepaskan tension la kononnya) dan memandang lekeh sebarang nasihat atau peringatan; dan
(v) Semua pucuk pimpinan kerajaan-kerajaan seluruh dunia seperti Raja, Presiden dan Perdana Menteri perlulah duduk di dalam poket mereka. 

[Hal-hal (i) hingga (v) ni telah pun dikongsikan panjang lebar di dalam posting2 album NWO sebelum ini... tetapi disebutkan di sini juga supaya kita boleh lihat konteks yang menyeluruh]

Akhirnya pada 6 Ogos 1958, laporan dan kajian akhir mereka telah menunjukkan bahawa hal-hal (i) hingga (v) telah dapat dilaksanakan dengan jayanya. Apa yang mereka perlu lakukan kini ialah “maintain” sahaja pencapaian mereka ini. Dengan kata lain, tarikh 6 Ogos 1958 telah menjadi tarikh keramat bagi Syaitan, Dajjal dan konco2 nya di mana ketamadunan manusia telah berjaya dihancurkan dan dikawal sepenuhnya di bawah telunjuk mereka. Maka tidak lama selepas itu, pada 1hb Oktober 1958, NASA pun ditubuhkan.

Misi awal NASA ialah menjadi penyelidik rasmi manusia tentang hal2 angkasa lepas. Dengan kata lain, biar diorang jer la yang pergi tengok apa ada kat angkasa lepas tu... kita tak payah la susah-susah. Nanti lepas diorang tengok... diorang balik la cerita kat kita. Pastu kita kira percaya jer la apa yang NASA cerita. Seperti yang kita tahu, telah lebih setengah abad kita ni dok percaya jer kat NASA sehinggalah beberapa tahun kebelakangan ini tembelang mereka pecah berderai. Macam mana boleh pecah plak? Siapa yang pecahkan?

Misi mutlak (Ultimate mission) bagi NASA ialah menjerumuskan manusia ke dalam lembah “Atheism” dan menolak sebarang konsep ketuhanan terutamanya Agama Islam. Seterusnya mentaliti manusia akan bersedia untuk menerima Dajjal sebagai Penyelamat Dunia.

(Insyaallah... bersambung)


Monday, March 12, 2012

PART 1: Pembohongan Syaitan, Dajjal dan Konco2 Zionis tentang Bulan dan Program2 Angkasa Lepas Mereka

Artikel Ini Ehsan daripada sahabat saya En. Ahmad Zulkarnain..beliau telah banyak membuat research dan kajian-kajian daripada sumber-sumber yang dipercayai dan dirahsiakan. 


Rasanya sudah sampai masanya album NWO menerangkan pembohongan tentang perkara-perkara yang jauh lebih besar berbanding dengan apa yang telah dipaparkan di dalam posting2 yang lepas. Sebelum itu, sedikit AMARAN... kalau anda mula rasa lain macam semasa membaca posting ini, baiklah dihentikan sahaja pembacaan anda. Apa yang bakal anda baca adalah sesuatu yang amat2 sukar dipercayai... silap2 anda boleh rasa nak meludah muka saya selepas membaca posting ini :P 

Mengapa pula sangat sukar untuk dipercayai? Kerana semenjak kecil kita telah diasuh oleh sistem Zionis untuk hanya percaya apa yang ditulis di dalam buku2 teks sekolah dan sistem maklumat serta berita yang memang semenjak awal lagi dibangunkan untuk membutakan mata kita pada maklumat2 yang sebenar.

Kita mulakan dengan Bulan dulu. Apa yang diberitahu kepada kita oleh NASA tentang Bulan ialah:

1. Bulan ialah tempat yang bosan dan tandus. Berwarna kelabu kekuningan.

2. NASA dah hantar orang pergi dan turun atas Bulan sebanyak tujuh kali (di antara Tahun 1969 hingga Tahun 1972) dan mendapati tiada apa lagi yang menarik lagi untuk dikaji di Bulan.

3. Oleh kerana NASA dah habis kaji pasal Bulan, mereka sekarang menumpukan usaha2 mereka untuk menjelajah angkasa lepas lebih jauh lagi.... seperti meneroka planet2 lain dalam sistem suria dan juga meneropong lebih jauh sehingga ke sistem2 bintang lain serta galaksi2 lain yang sangat2 jauh. Setakat kaji Bulan... apa kelassss?

4. Pendek kata... pasal Bulan ni tak payah la kita sibuk2 nak tanya2 lagi. Baca ajer la buku2 teks yang mereka dah tulis tu. Memang takder apa kat Bulan tu.

Soalannya ialah... Benarkah begitu? Adakah wajar kita terima buta2 sahaja tentang hal ini? Blind acceptance?

Oleh kerana kita semua tak pernah pergi sendiri tengok apa ada kat Bulan tu dan kita telah dilatih untuk percaya kepada buku2 teks yang ditulis oleh NASA penipu ni... sampai mati la kita tak tau perkara yang sebenarnya.

Okay lah... untuk posting pertama ni marilah kita lihat dulu perkara2 asas yang secara relatifnya ringan2 dan persoalan2 tentang Bulan yang NASA tak nak kita tahu. Sekali lagi diingatkan... kalau anda dah mula rasa semacam apabila membaca posting ni... eloklah dihentikan sahaja pembacaan anda.

Sekarang cuba fahamkan persoalan2 yang berkaitan dengan perkara-perkara di bawah ini:

1. Bulan bukan tempat yang bosan dan tandus. Ya... Bulan juga bukan berwarna kelabu kekuningan. Bulan ialah seperti Bumi.... penuh berwarna-warni. Pendek kata... Bulan ialah sebuah mini planet yang mampu menampung pelbagai hidupan seperti di Bumi. Wah... hebat... tapi kenapa kita tak pernah mendengar tentang hal ini? Kalau kita pernah dengar pun... bukankah cerita sebegini dianggap cerita dongeng? Dan bukankah orang yang mengatakan ini ialah fakta sebenar (seperti yang sedang saya buat sekarang ni la) sudah tentu akan dianggap gila atau mereng atau skru tak cukup?

2. Kenapa NASA bersusah payah reka cerita yang hebat2 dengan kos berbillion2 USD untuk menyorokkan perkara2 yang sebenar? Sebelum persoalan ini terjawab... boleh kah kita fikirkan apa kah perkara yang paling ditakuti oleh Zionis? Ya... inilah kunci kepada jawapan persoalan ini. 

3. Siapa duduk kat Bulan? Sabar... nanti di dalam bahagian-bahagian seterusnya akan diterangkan.

4. Adakah NASA betul2 telah menghentikan misi pergi ke Bulan ni? Untuk mengukuhkan lagi pendirian NASA yang Bulan ni takder nilai untuk dikaji... Obama telah mengumumkan tidak lama dulu yang Amerika Syarikat dengan rasminya menghentikan dan menutup "Projek Bulan". Adakah ini lakonan untuk mengaburi aktiviti2 mereka berkaitan dengan Bulan yang sebenarnya mereka sedang teruskan secara rahsia?

5. Persoalan seterusnya... daripada mana saya dapat sumber maklumat ini? Sudah tentu bukan daripada internet atau buku2 hasil tulisan NASA dan penyokong-penyokongnya. Dan saya pun tidak bercadang untuk menerangkan daripada mana maklumat2 ini saya dapat kerana sebab2 tertentu. Jadik kalau anda rasa lebih percaya kepada NASA dan rasa saya gila... untuk ketiga kalinya... saya pohon jangan teruskan pembacaan anda.

6. Last but not least... timbul persoalan... apa pulak gunanya program2 angkasa lepas yang gah dan hebat sedang dijalankan sekarang? Adakah ianya untuk tujuan "show" atau propaganda sahaja? Nanti akan diterangkan.

(Insyaallah bersambung....)